Pengenalan Abqarie (?????) adalah perkataan Arab yang bermaksud genius, pintar, bijaksana. Kelainannya berbanding kamus-kamus lain merupakan aspek kepintaran yang tidak dapat disangkal meskipun belum mencapai tahap maksimumnya. Walaupun jumlah entri buat permulaan ini belum menjangkau belasan atau puluhan ribu, namun ia sangat membantu para pengguna, terutamanya dalam membuat pilihan kata kerja yang betul. Pernyataan Masalah Para pelajar sering menjadikan kamus online sebagai sumber rujukan untuk menyiapkan tugasan mereka. Rujukan utama mereka ialah laman web Google Translator. Namun begitu, terjemahan untuk kata kerja masih tidak tepat. Ini kerana ia tidak meraikan kata ganti diri. Kamus Abqarie dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Apabila pengguna meminta perkataan "minum", kamus ini akan memberikan perkataan "minum" dalam bahasa Arab lengkap dengan 14 kata ganti diri bagi masa lampau (past tense) dan 14 kata ganti diri bagi masa sekarang (present tense). Jadi, pengguna hanya perlu memilih kata kerja yang bersesuaian. Ini kerana, setiap kata kerja berkait langsung dengan kata ganti diri, tidak seperti bahasa Melayu atau Inggeris. Projek/kajian permulaan ini hanya membabitkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam silibus bahasa Arab UiTM, iaitu BAB101/110, BAB151/120, BAB401, BAB451 dan BAB501. Entri-entri lain akan ditambah secara sedikit demi sedikit bagi menjadikannya sebuah kamus yang lengkap. Objektif - menyediakan kamus Melayu-Arab-Inggeris atas talian sebagai rujukan kepada semua pengguna internet secara percuma. Kelebihan/Kelainan - Kamus ini memfokuskan penterjemahan kata kerja yang betul mengikut kata ganti diri yang digunakan selain penterjemahan kata nama, kata sifat dan lain-lain. Faedah kepada Masyarakat - Memberi kemudahan kepada pelayar, terutamanya pelajar UiTM mendapat terjemahan bahasa Arab yang tepat - Memimpin pengguna dalam memilih kata kerja bahasa Arab yang betul dalam membina ayat. - Memberi maklumat tambahan dalam bahasa Inggeris - Boleh diakses di mana sahaja - Percuma Potensi Komersil - boleh dijadikan rujukan universiti dan seluruh pelajar di Malaysia dan seluruh dunia - (mungkin) boleh dijadikan dalam bentuk CD-ROM yang boleh dipasarkan di seluruh negara Title Names of researchers Faculty or Campus or Department a. Introduction b. Problem statement c. Objectives d. Novelty e. Usefulness f. Commercialization potential or Impact towards the socio economy/humanity g. Pictures (with captions/explanation) h. References – minimum of 8 (placed at the foot of the poster) i. Awards/recognitions received iii. Apart from the poster, participant is also encouraged to display related brochures, letters of recognition, photographs, etc. that will help the of judges to understand the research product better. ffff